TENTERA Israel melancarkan beberapa siri letupan dan serangan meriam di selatan Lubnan pada awal Jumaat, termasuk memusnahkan sebahagian besar sekolah awam di Pekan Mansouri, Daerah Tyre.
Tindakan itu secara langsung mencabuli perjanjian rangka kerja dengan Amerika Syarikat sebagai pengantara bagi rundingan damai dengan Lubnan.
Ketegangan itu berlaku ketika kempen pilihan raya Israel semakin rancak, dengan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, berusaha menggembleng dan menyatukan blok kanannya menjelang pilihan raya pada 27 Oktober ini.
Menurut laporan, pesawat Israel turut melancarkan serangan ke atas Mansouri pada waktu yang sama, dengan letupan besar menggegarkan sekolah berkenaan, menurut agensi itu.
Tentera Israel turut melakukan letupan di kawasan Bukit Baraachit, Daerah Bint Jbeil, serentak dengan serangan meriam yang menyasarkan Wadi al-Hujair.
Pada petang Khamis, tentera Israel melakukan letupan kuat di kawasan tanah tinggi Ali al-Taher sehingga menyebabkan gegaran tanah.
Israel mendakwa letupan itu menyasarkan rangkaian terowong dan infrastruktur Hizbullah yang terbentang lebih dua kilometer.
Netanyahu pada Khamis mendakwa Israel memusnahkan apa yang disifatkannya sebagai “tapak Iran terbesar di luar Iran”, merujuk kepada terowong Ali al-Taher.
Nnnn
