1.864 bilion dos vaksin disuntik

DARIPADA 1.864 bilion dos vaksin yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini (31 Mei) China kini mendahului dengan 620 juta dos vaksin.

Menurut data Johns Hopkins University, ini diikuti Amerika Syarikat sebanyak 294 juta dos, manakala India dengan 212 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah dos melebihi 60 juta dos ialah Brazil dan United Kingdom sementara Jerman merekod 49 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 35 dan 34 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 25.7 juta.

Filipina pula dengan 4.5 juta dos, Singapura 3.7 juta dos, dan Thailand 3.5 juta dos.

Malaysia berada di kedudukan kelima negara di Asia Tenggara dengan jumlah dos sebanyak 2.9 juta.

Related posts

Leave a Comment