Lebih 9 juta terima vaksin

PUTRAJAYA 5 Julai – Jumlah suntikan harian vaksin Covid-19 yang direkodkan pada 4 Julai adalah 206,015 dos, di mana daripada jumlah itu, sebanyak 127,385 adalah penerima dos pertama dan 78,630 penerima dos kedua.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Baksin Covid-19 (JKJAV), ini

menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah lebih 9 juta sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula 24 Februari lalu.

Lebih 6.38 juta dos atau 19.6 peratus bagi suntikan pertama manakala 2.61 juta dos atau 8 peratus untuk suntikan kedua telah diberikan.

Perkembangan ini semakin menghampiri nilai ambang 10 peratus untuk peralihan ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara.

Namun, jangkaan sasaran melebih 300,000 dos suntikan harian bermula Julai masih belum terlaksana.

Sementara itu, data menunjukkan penduduk Kuala Lumpur kekal mencatat kadar penerima dos pertama yang tertinggi dengan 1.15 juta individu atau 65.1 peratus daripada populasinya.

Ia disusuli Sarawak (1.19/42.5 peratus), Putrajaya (43,712/39.7 peratus), Labuan (36,813/37 peratus), Perlis (69,377/27.2 peratus), Pulau Pinang (328,696/18.5 peratus) dan Negeri Sembilan (203,895/18.1 peratus).

Related posts

Leave a Comment