18.8 juta dos vaksin bulan Julai

PUTRAJAYA 5 Julai- Malaysia dijangka menerima sekurang-kurangnya 18.8 juta dos vaksin sepanjang bulan ini. termasuk 800,000 dos vaksin Sinovac yang disumbangkan oleh kerajaan China pada pertengahan bulan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, penghantaran baki 12 juta dos vaksin Sinovac akan turut diselesaikan kepada Malaysia pada bulan ini.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut memaklumkan, sebanyak lebih 5.42 juta lagi dos vaksin Pfizer BioNTeh turut dihantar secara perolehan terus pada bulan sama.

“Campur dengan sumbangan yang telah terima Amerika Syarikat (AS) yang tiba hari ini iaitu 1,000,350 dos, jadi jumlah keseluruhan ialah 6,429150 dos. Manakala, selain sumbangan AstraZeneca (AZ) oleh Jepun, kita juga memperolehi 586,700 melalui perolehan kerajaan Malasyia yang telah dibuat oleh AZ.

“Manakala, Sinovac pula baki penghantaran akan diselesaikan pada bulan ini dan semua 12 juta dos selesai hantar pada Julai. Jadi pada bulan Ogos dan seterusnya, vaksin yang di bawah PICK akan digunakan adalah Pfizer dan AZ,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Related posts

Leave a Comment