Korban di India cecah 401,000

NEW DELHI 3 Julai – Angka kematian rasmi akibat Covid-19 di India mencecah 401,050 sehingga pukul 8 pagi, hari ini, 3 Julai berbanding 400,312 yang direkodkan setakat 8 pagi semalam.

Bagaimanapun anggaran sebenar mungkin mencapai satu juta atau lebih tinggi dengan kemungkinan kemunculan jangkitan gelombang ketiga.

Dalam tempoh 39 hari, angka kematian di India bertambah 100,000 susulan gelombang jangkitan kedua yang melanda kawasan bandar dan luar bandar di mana jutaan individu berisiko tanpa mempunyai akses kepada vaksin.

Semalam India mencatatkan 853 kematian dan sehingga 8 pagi hari ini sebanyak 738 kematian dilaporkan. Jumlah itu membuatkan India negara ketiga mencatat kes tertinggi di dunia.

Walaupun masih meningkat, jumlah jangkitan baharu menurun kepada tahap terendah sejak dua bulan lalu. Pada Mei, ia pernah mencapai angka tertinggi 400,000.

Kerajaan kini sedang mengalihkan perhatian kepada program vaksinasi besar-besaran ketika timbul kebimbangan terhadap varian baharu muncul seperti Delta Plus.

Minggu ini, India mencatat purata pemberian vaksin pada 3.5 juta dos sehari, berbanding 6.6 juta dos minggu lalu.

Related posts

Leave a Comment