3.04 bilion dos disuntik

LEBIH 3.04 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Khamis.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 1.22 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India dengan 332 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat 324 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 90 juta dos adalah Brazil manakala United Kingdom 78 juta dos, Jerman 73 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing dengan 53 juta dan 51 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 42 juta dos, Filipina pula melebihi 10 juta dos.

Malaysia merekodkan lebih 7.8 juta (terkini 8 juta) dan Singapura dengan lebih 5.3 juta dos.

Related posts

Leave a Comment