R-Naught Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA 2 Julai – Kadar kebolehjangkitan atau R-Naught (R0/Rt) Covid-19  terus mencatat peningkatan untuk tujuh hari berturut-turut dengan paras 1.06 semalam berbanding 1.05 sebelumnya.

Tujuh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dengan Pahang yang tertinggi pada 1.20.

Ini diikuti Melaka (1.11), Negeri Sembilan (1.10), Perak (1.09), Kuala Lumpur (1.08), Putrajaya (1.07) dan Selangor (1.07).

Sementara itu, negeri lain mencatat kadar di bawah 1.0 iaitu Kedah (0.99), Labuan (0.98), Pulau Pinang (0.97), Sarawak (0.94), Sabah (0.94), Johor (0.90), Kelantan (0.83), Terengganu (0.68).

Perlis merekodkan satu kes baharu.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-Naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment