LEBIH 3.04 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Khamis, 30 Jun 2021.
Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 1.22 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India 332 juta dos dan Amerika Syarikat sebanyak 324 juta dos.
Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 90 juta dos ialah Brazil dan melebihi 78 juta dos ialah United Kingdom (UK) manakala Jerman 73 juta dos, Perancis 53 juta dan Itali 51 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 42 juta dos, Filipina melebihi 10 juta dos diikuti Malaysia 7.8 juta dos dan Singapura dengan lebih 5.3 juta dos.
