R-naught Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA 1 Julai – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 negara kembali meningkat,  berada di paras 1.05 semalam berbanding 1.04 pada hari sebelumnya, Selasa 29 Jun.

Pahang mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.19.

Ini diikuti Putrajaya dan Melaka (1.09), Perak (1.08), Kuala Lumpur (1.07), Negeri Sembilan (1.06), Selangor (1.05), Kedah (0.97), Labuan (0.96), Sabah (0.94), Pulau Pinang dan Johor (0.92) dan Sarawak (0.91).

Kelantan, Terengganu dan Perlis mencatat kadar R-naught di bawah 0.90.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment