Filipina tambah 6,096 kes

MANILA 27 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 6,096 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,397,992.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 6,912 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 1,321,050 atau 94.5 peratus.

Bagi tempoh yang sama, kes pesakit meninggal dunia turut meningkat kepada 24,372 orang termasuk 128 kematian yang dilaporkan hari ini.

Kes aktif pula 52,570.

Related posts

Leave a Comment