Angka Indonesia terus meningkat

JAKARTA 27 Jun – Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat apabila jumlah yang direkodkan hari ini mencecah 21,342, angka tertinggi mengatasi jumlah yang direkodkan semalam sebanyak 21,095.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 2,115,304 dengan kes aktif pula bertambah sebanyak 12,909 menjadikan 207,685 kes (9,8%).

Pada masa yang sama, kes sembuh bertambah sebanyak 8,024 orang menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 1,850,481 orang.

Jumlah kematian juga meningkat apabila 409 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 57,138 orang.

Jakarta merekodkan kes positif tertinggi iaitu 9,394 dan kumulatifnya 520,061 diikuti

Jawa Barat 3,988 (368,303), Jawa Tengah 2,288 (246,529), Jawa Timur 889 (169,684), dan Yogyakarta 830 ( 57,858). 

Lima wilayah merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jakarta 3,506 dengan  kumulatifnya 454,252 orang, Jawa Barat 1,195 (319,790), Jawa Timur 497 (149,848), Jawa Tengah 420 (202,351) dan Yogyakarta 308 (47,462).

Bagi kes kematian, Jawa Barat merekodkan 93 kes dan kumulatifnya 5,077 diikuti Jawa Tengah 69 (10,373), Jawa Timur 64 (12,353), Jakarta 51 (8,169) dan Yogyakarta 19 (1,479).

Related posts

Leave a Comment