14 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 27 Jun – Singapura melaporkan 12 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan dua kes import setakat tengah hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 62,544 dengan 36 kematian termasuk satu kes semalam melibatkan seorang wanita.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 11 kes baharu dalam masyarakat mempunyai hubung kait dengan jangkitan lalu.

Dalam kalangan 11 kes baharu yang berhubung kait dengan kes-kes terdahulu, 10 sudahpun dikuarantin manakala lagi satu dikesan melalui pengawasan.

Dua kes import pula, salah seorang penduduk tetap yang baru pulang ke sini. telah dikenakan Notis Jangan Keluar (SHN) sejurus tiba di Singapura.

Related posts

Leave a Comment