Kali ke-04 tanpa solat Jumaat

SENARAI penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini, 10 April 2020

 

1. Majlis Daerah Yong Peng, Johor menafikan pihaknya ada melantik individu bagi tujuan mendapatkan bantuan berupa barangan mahupun wang tunai.

 

2. Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah menafikan dakwaan bahawa dua kawasan hotspot iaitu Pasar Basah Dioh dan Taman Desa Jaya Melang telah ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

3. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah menafikan dakwaan bahawa pihaknya telah mengeluarkan surat tawaran kontrak kepada sebuah syarikat untuk membekalkan makanan di sembilan daerah bernilai RM47.5 juta.

Related posts

Leave a Comment