PM Thai lengkapkan vaksinasi

BANGKOK 24 Mei – Selepas dua bulan mendapat suntikan dos pertama, Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-o-cha hari ini menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 Oxford-AstraZeneca.

Beliau mendapatkan suntikan itu di Bamrasnaradura Infectious Disease Institute,di sini hari ini.

Sebelum ini, pada 16 Mac lalu, Prayuth dan 15 anggota Kabinetnya menjadi kumpulan pertama menerima suntikan dos pertama di Rumah Kerajaan.

Prayuth ketika itu tidak diberi suntikan vaksin Sinovac kerana tidak digalakkan bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

Related posts

Leave a Comment