Vaksin bayi, kanak-kanak bawah 6 tahun

SYARIKAT farmaseutikal Moderna mengumumkan vaksin Covid-19 keluarannya berkesan terhadap bayi dan kanak-kanak di bawah usia enam tahun.

Menurut Moderna, satu perempat daripada dos yang digunakan untuk orang dewasa berkesan untuk kanak-kanak di bawah umur enam tahun.

Data awal menunjukkan selepas dua dos, kanak-kanak bawah lima tahun membangunkan paras antibodi yang melawan virus sama kuatnya dengan orang dewasa.

Moderna berkata dos kecil itu selamat dan kesan sampingan utama adalah demam ringan seperti dikaitkan dengan vaksin kanak-kanak lain yang biasa digunakan.

Kira-kira 6,900 sukarelawan kanak-kanak didaftarkan dalam kajian dos sebanyak 25 mikrogram.

Moderna berkata, pihaknya akan meminta kebenaran pengawal selia Amerika Syarikat dan Eropah untuk dua dos kecil bagi kanak-kanak di bawah usia enam tahun.

Seramai 18 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun adalah satu-satunya kumpulan umur yang belum layak divaksinasi di Amerika Syarikat.

Related posts

Leave a Comment