Kematian ke-35 di Singapura

SINGAPURA 22 Jun – Angka kematian akibat jangkitan Covid-19 di Singapura kini 35 orang berikutan seorang lagi dilaporkan meninggal dunia pada Ahad (20 Jun).

Penduduk Tetap (PR) Singapura berusia 44 tahun itu dimasukkan ke Hospital Alexandra pada 25 Mei dan disahkan dijangkiti Covid-19 pada keesokan harinya.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya malam tadi menyatakan lelaki itu yang tidak divaksin mempunyai sejarah penyakit kencing manis (diabetes mellitus).

Beliau diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada kelompok Covid-19 di Tektronix, iaitu syarikat pembekal perkakas perindustrian.

Kes pertama daripada kelompok itu adalah lelaki warga Singapura berusia 50 tahun yang bekerja sebagai jurutera di syarikat tersebut.

Lelaki itu adalah antara korban termuda jangkitan Covid-19 di Singapura.

Mengikut rekod, pada Jun tahun lalu, seorang pekerja dari China berusia 41 tahun meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 lebih dua minggu setelah pulih daripada penyakit tersebut.

Related posts

Leave a Comment