Jangan pandang ringan Omicron

GENEVA 7 Jan. – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran supaya tidak ambil mudah dengan varian Omicron atas alasan ia juga berisiko untuk menyebabkan kematian..

Kajian terkini menunjukkan, Omicron akan mengurangkan komplikasi sekiranya dijangkiti, tidak seperti varian-varian sebelumnya.

Menurut Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, kes jangkitan yang meningkat mendadak mengakibatkan banyak sektor perkhidmatan kesihatan semakin berada dalam tekanan.

Pada Isnin, Amerika Syarikat merekodkan lebih sejuta kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kes global juga dilaporkan meningkat sebanyak 71 peratus minggu lalu, 90 peratus daripadanya melibatkan mereka yang tidak divaksinasi.

“Walaupun Omicron kelihatan kurang teruk berbanding Delta, terutamanya bagi mereka yang divaksinasi, tidak bermakna ia boleh dikategorikan sebagai ringan,” kata Tedros pada satu sidang media, Khamis (malam tadi waktu Malaysia).

Omicron sangat cepat menular dan berupaya menjangkiti individu lain walaupun sudah menerima vaksin sepenuhnya.

Bagaimanapun, vaksin masih penting kerana ia membantu melindungi daripada komplikasi teruk sehingga dimasukkan ke hospital.

Risiko Omicron juga, menurut pakar, berkemungkinan mengurangkan 70 peratus kemasukan ke hospital.

Related posts

Leave a Comment