Kes harian negeri turun

PUTRAJAYA 13 Jun – Selepas mencatatkan penurunan kes jangkitan Covid-19 semalam iaitu daripada 2,558 kepada 1,582 kes, Selangor hari ini kembali menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 1,973 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes bagi Selangor meningkat kepada 214,958 kes, tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Bagaimanapun semua negeri kecuali Pulau Pinang merekodkan penurunan kes berbanding semalam.

Pulau Pinang mencatatkan 256 kes berbanding 198 yang direkodkan semalam.

Sarawak merekodkan 544 turun sedikit berbanding 569 semalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 462 (559), Johor 363 (504), Sabah 335 (378), Negeri Sembilan 331 (618), Kedah 301 (171), Pulau Pinang 256 (198),

Kelantan merekodkan 179 (337), Wilayah Persekutuan Labuan 158 (250), Melaka 145 (178), Perak 121 (218), Pahang 78 (121), Terengganu 46 (82), Wilayah Persekutuan Putrajaya 7 (23) dan Perlis kekal lima kes.

Related posts

Leave a Comment