7,302 kes baharu di Filipina

MANILA 13 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 7,302 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,315,639.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 137 pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 22,788 kematian.

Sebanyak 1,232,986 atau 93.7 peratus pesakit dilaporkan sembuh setakat ini termasuk 7,701 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini.

Kes aktif pula 59,865 atau 4.6 peratus.

Related posts

Leave a Comment