21 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 12 Jun – Selepas beberapa hari merekodkan kes yang rendah, hari ini Singapura mencatatkan 21 kes baharu Covid-19 di mana 12 adalah kes jangkitan dalam masyarakat dan sembilan kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang direkodkan Singapura setakat ini 62,266 kes dan 34 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak tujuh kes dalam masyarakat mempunyai kaitan dengan kes terdahulu dengan dua sudah dikuarantin manakala lima dikesan melalui proses pengawasan.

Sembilan kes import, semuanya warga Singapura atau penduduk tetap yang baru pulang telah dikenakan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di Singapura.

Related posts

Leave a Comment