3,277 kes di Thailand 29 kematian

BANGKOK 12 Jun – Thailand merekodkan 3,277 kes baharu Covid-19 yang melibatkan 2,356 orang awam atau dalam kalangan masyarakat, 29 kes import dan 892 kes di kawasan penjara.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 29 kematian direkodkan yang melibatkan 17 lelaki berusia 30-92 tahun dengan purata umur 64.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes di Thailand setakat ini adalah 193,105 orang dan kematian pula meningkat kepada 1,431 orang.

Bangkok terus merekodkan kes tertinggi iaitu 858 diikuti Samut Prakan 313, Nonthaburi 291, Samut Sakhon 188 Pathum Thani 81.

Kes import pula meliputi ketibaan seorang warga Jepun dan 28 warga Thai dari Jepun (1), Filipina (1), Arab Saudi (4), Oman (3), Malaysia (1) dan Kemboja (19).

Bangkok turut merekodkan kematian tertinggi iaitu 17 diikuti tiga kematian setiap satu di Samut Prakan dan Nonthaburi,masing-masihg satu kes di  Pathum Thani, Chai Nat, Nakhon Sawan, Prachuap Khiri Khan, Phuket dan Udon Thani.

Kes sembuh pula meningkat kepada 164,242 termasuk 5,273 kes sembuh hari ini, manakala 41,403 masih di hospital termasuk 1,243 kritikal dan 362 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, jumlah keseluruhan vaksinasi kini mencapai 5.66 juta dos, ketiga tertinggi dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Salah satu destinasi pelancongan utama, Samet Island, wilayah Rayong mencapai 100 peratus vaksinasi.

Kerajaan Thailand merancang untuk mendapatkan 150 juta dos vaksin yang meliputi Sinovac, AstraZeneca, Pfizer, Johnson and Johnson, Biotech, Moderna, dan Sputnik V dalam tempoh suju ketiga tahun ini.

Jabatan Kawalan penyakit juga telah menandatangani kontrak untuk membeli 20 juta dos tambahan Pfizer yang bakal diperoleh tahun ini manakal satu juta dos Sinovactiba pada Khamis lalu .

Related posts

Leave a Comment