132,788 kes harian India

NEW DELHI 2 Jun – Jumlah kes jangkitan harian di India menunjukkan penurunan apabila merekodkan 132,788 dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat kepada 28,307,832. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 3,207 kematian direkodkan menjadikan  jumlah keseluruhan korban meningkat kepada 335,102 orang, Masih terdapat 1,793,645 kes aktif di negara ini walaupun berlaku penurunan 101,875 dalam tempoh sama. Menurut data terbaru Kementerian Kesihatan seramai 26,179,085 orang telah pulih dan dibenarkan keluar hospital . India memulakan kempen vaksinasi pada 16 Januari, setakat ini lebih 218 juta dos vaksin telah diberikan.

Read More

Arab Saudi catat peningkatan kes

RIYADH 2 Jun – Arab Saudi merekodkan pertambahan kes baharu Covid-19 hari ini apabila merekodkan 1,269 kes berbanding 1,251 semalam dan 1,245 pada 31 Mei. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini,  jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 452,956. Jumlah kematian pula meningkat kepada 7,393 apabila 16 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. Kes sembuh pula merekodkan 1,081 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 435,520 orang. Sementara itu Makkah merekodkan 444 kes diikuti Riyadh 288, daerah Timur 162 dan Madinah 89. Sebanyak 10,043 kes aktif…

Read More

9 tip penjimatan elektrik ‘lockdown’

PENGUMUMAN pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (lockdown) bermula 1 Jun 2021 menimbulkan kebimbangan dan tekanan dalam kalangan rakyat Malaysia pada waktu yang mencabar ini. Duduk di rumah, bekerja dari rumah, belajar dari rumah serta aktiviti harian di rumah seperti memasak, membasuh dan sebagainya akan menyebabkan penggunaan elektrik berterusan sepanjang hari atau 24 jam. Bagaimanapun pelanggan mempunyai pilihan untuk memantau dan mengurus penggunaan peralatan elektrik di kediaman mereka bagi mengelak pembaziran tenaga. Ini termasuklah menutup suis peralatan apabila tidak digunakan dan mengamalkan tip kecekapan tenaga apabila menggunakan peralatan yang menggunakan tenaga yang…

Read More

Negeri turut sumbang gaji, elaun

PEMIMPIN kerajaan negeri turut menyumbang gaji atau elaun mereka sebagai tanda sokongan terhadap usaha menghadapi pandemik Covid-19. Di IPOH Menteri Besar Perak Saarani Mohamad dan 10 exco bersetuju menyumbang tiga bulan gaji bermula Jun kepada Tabung Bencana Covid-19. Katanya, langkah ini diambil bagi menghadapi impak pandemik Covid-19 termasuk penutupan sektor sosial dan ekonomi selama dua minggu sehingga 14 Jun ini. Di TANJONG, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang memutuskan untuk menyumbangkan satu bulan gaji (Jun 2021) kepada Tabung Covid-19 Pulau Pinang. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau…

Read More

Indonesia catat 5,246 kes baharu

JAKARTA 2 Jun – Kes sembuh di Indonesia mengatasi angka positif Covid-19 hari ini apabila 6,022 pesakit dilaporkan pulih manakala kes baharu yang direkodkan adalah sebanyak 5,246. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,680,501 atau 91.7 peratus sementara jumlah kes positif pula 1,831,773 dengan kes aktif 100,364. Angka kematian pula bertambah sebanyak 185 kes dan kumulatifnya mencapai 50,908 orang meninggal dunia atau 2.8 peratus dari jumlah keseluruhan. Lima provinsi yang merekodkan kes sembuh harian tertinggi adalah Jawa Barat 2,877 dengan kumulatif 284,791 diikuti Jakarta 584 (413,102), Riau 579…

Read More

31 kes baharu Singapura, 7 import

SINGAPURA 2 Jun – Singapura melaporkan 31 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 62,100. Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu, 24 adalah kes dalam masyarakat manakala tujuh lagi kes import. Daripada 24 kes dalam masyarakat, 19 jangkitan dikaitkan dengan kes terdahulu, 18 daripadanya sudah dikuarantin dan satu dikesan melalui pengawasan. Lima lagi kes tidak mempunyai kaitan dengan kes sebelumnya. Bagi kes import pula, enam melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap dan semuanya dikenakan notis jangan keluar rumah setibanya di Singapura.

Read More

Tambahan 5,257 kes di Filipina

MANILA 2 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,257 kes tambahan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,240,716. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 146 lagi kematian direkodkan yang menjadikan 21,158 orang meninggal dunia. Bagaimanapun kes sembuh mengatasi jumlah kes harian dengan mencatatkan 6,266 kes sekaligus meningkatkan jumlah pulih kepada 1,167,426 orang atau 94.1 peratus. Kes aktif pula sebanyak 52,132 atau 4.2 peratus.

Read More

Thailand catat 3,440 kes baharu

BANGKOK 2 Jun – Thailand merekodkan tambahan kes baharu Covid-19 dengan merekodkan 3,440 kes berbanding 2,230 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 165,462 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada 3,440 kes, sebanyak 3,425 adalah kes jangkitan tempatan termasuk 1,087 kes di penjara manakala 15 lagi kes import. Jumlah kematian harian pula 38, sama seperti semalam yang membawa kepada 1,107 orang meninggal dunia setakat ini. Kematian melibatkan 24 lelaki dan 14 wanita, berumur antara 10 hingga 95 tahun Sebanyak 18 kematian dilaporkan di Bangkok, Samut Prakan (4), Chon Buri (3), Pathum…

Read More

2 individu sebar berita palsu didakwa

SEORANG suri rumah dan seorang guru tuisyen menjadi dua individu pertama didakwa di bawah Ordinan Darurat hari ini (2 Jun) atas kesalahan menyebarkan berita palsu berhubung jangkitan Covid-19 dan vaksin virus itu Norjannah Rusli, 28, didenda RM5,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Sesyen Kangar , Perlis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebarkan berita palsu berhubung wabak itu menggunakan WhatsApp dengan niat untuk menyebabkan ketakutan dan kebimbangan orang awam. Ibu kepada dua anak itu melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau, pada 10.31 pagi 18 April lepas. Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 4(1)…

Read More