Thailand catat 3,440 kes baharu

BANGKOK 2 Jun – Thailand merekodkan tambahan kes baharu Covid-19 dengan merekodkan 3,440 kes berbanding 2,230 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 165,462 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada 3,440 kes, sebanyak 3,425 adalah kes jangkitan tempatan termasuk 1,087 kes di penjara manakala 15 lagi kes import.

Jumlah kematian harian pula 38, sama seperti semalam yang membawa kepada 1,107 orang meninggal dunia setakat ini. Kematian melibatkan 24 lelaki dan 14 wanita, berumur antara 10 hingga 95 tahun

Sebanyak 18 kematian dilaporkan di Bangkok, Samut Prakan (4), Chon Buri (3), Pathum Thani (3), Chachoengsao (2), Nonthaburi (2), Surat Thani (2) dan masing-masing satu di Ayutthaya, Roi Et, Ratchaburi dan Udon Thani.

Bangkok merekodkan 680 kes diikuti Samut Prakan 466, Phetchaburi 449, Trang 176, Samut Sakhon 78, Nonthaburi 62, Pathum Thani 39, Narathiwat 34, Ayutthaya 33 dan Chon Buri 29.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari India (2 warga Thai), Kuwait, (1), China (1), Portugal (1), Amerika Syarikat (1), Jepun (2), Kemboja (3), Myanmar (3) dan Malaysia (1). 

Sebanyak 2,843 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital manakala 49,777 kes masih mendapatkan rawatan termasuk 1,247 yang dilaporkan kritikal.

Related posts

Leave a Comment