Arab Saudi catat peningkatan kes

RIYADH 2 Jun – Arab Saudi merekodkan pertambahan kes baharu Covid-19 hari ini apabila merekodkan 1,269 kes berbanding 1,251 semalam dan 1,245 pada 31 Mei.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini,  jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 452,956.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 7,393 apabila 16 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Kes sembuh pula merekodkan 1,081 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 435,520 orang.

Sementara itu Makkah merekodkan 444 kes diikuti Riyadh 288, daerah Timur 162 dan Madinah 89.

Sebanyak 10,043 kes aktif dilaporkan dan 1,489 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment