132,788 kes harian India

NEW DELHI 2 Jun – Jumlah kes jangkitan harian di India menunjukkan penurunan apabila merekodkan 132,788 dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat kepada 28,307,832.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 3,207 kematian direkodkan menjadikan  jumlah keseluruhan korban meningkat kepada 335,102 orang,

Masih terdapat 1,793,645 kes aktif di negara ini walaupun berlaku penurunan 101,875 dalam tempoh sama.

Menurut data terbaru Kementerian Kesihatan seramai 26,179,085 orang telah pulih dan dibenarkan keluar hospital .

India memulakan kempen vaksinasi pada 16 Januari, setakat ini lebih 218 juta dos vaksin telah diberikan.

Related posts

Leave a Comment