PUTRAJAYA 31 Mei – Kes harian Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan apabila jumlah yang dilaporkan hari ini 6,824 berbanding 6,999 kes semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 setakat 12 tengah hari ini meningkat kepada 572,357 sementara kes aktif pula 79,523. Daripada kes harian hari ini, kes tempatan adalah sebanyak 6,821 kes iaitu 6,239 warganegara (91.5%) dan 582 bukan warganegara (8.5%) manakala tiga kes import melibatkan seorang warganegara dan dua bukan warganegara. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 490,038 kes apabila 5,251 lagi pesakit dilaporkan pulih. Setakat ini 851…
Read MoreMonth: May 2021
Miki…menjelang lockdown
Saat ini, nilai kesihatan amat tinggi
SEMALAM, grup WhatsApp saya dipenuhi gambar-gambar ikan kering, telur, roti, maggi dan orang ramai beratur panjang di pasar dan pasar raya. Disebabkan ada pelbagai grup, maka berpuluh gambar yang sama masuk. Mungkin anda juga sama. Itulah gambaran orang kita bersiap sedia menghadapi ‘tutup penuh atau lockdown’. Di atas jalan raya pun khabarnya banyak kenderaan. Bagaikan nak sambut raya. Baguslah rakyat Malaysia amat prihatin tentang persediaan makan dan makanan. Beli lebih sikit, mana tahu ketika ‘lockdown’ nanti kita boleh bantu orang lain yang tidak berupaya menyediakan stok di rumah kerana mereka …
Read More1,052,145 lengkapkan dua dos
PUTRAJAYA 31 Mei – Seramai 1,052,145 individu melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Dr Adham menerusi akaun Twitternya hari ini berkata seramai 1,860,864 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 2,913,009 dos setakat semalam. Dr Adham berkata lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 139,427 dos diikuti Sarawak (109,934), Perak (97,558), Kuala Lumpur (94,398), dan Johor (92,231) Setakat semalam, 49.90 peratus atau 12,117,091 individu…
Read MoreKata dan perbuatan dicatatkan
40 peratus divaksinasi di Arab Saudi
RIYADH 31 Mei – Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan 40 peratus daripada penduduk negara itu telah diberi suntikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos sejak program vaksinasi dimulakan sehingga semalam. Penolong Setiausaha Kementerian Kesihatan untuk Kesihatan Pencegahan, Dr Abdullah Asiri, melalui Twitter berkata 40 daripada setiap 100 orang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Setakat ini, lebih 13.9 juta vaksin Covid-19 telah diagihkan ke 587 tempat untuk program vaksinasi. Sebelum ini, pada 10 April lalu, kementerian menangguhkan pemberian vaksin dos kedua bagi membolehkan lebih ramai mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagaimanapun dos kedua masih…
Read MoreSingapura lapor kematian ke-33
SINGAPURA 31 Mei – Wanita rakyat Singapura berusia 95 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19, kematian ketiga bulan ini dan ke-33 sejak pandemik bermula. Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataannya berkata, pesakit wanita itu disahkan dijangkiti koronavirus pada 17 Mei ketika sedang dirawat di Hospital Besar Changi (CGH) bagi masalah kesihatan yang tiada kaitan dengan Covid-19. Wanita yang belum mendapatkan vaksinasi itu mempunyai sejarah penyakit barah, darah tinggi dan hipotiroidisme. Sehingga semalam, Singapura mencatat 62,028 kes. Sementara itu, lima daripada 19 kes masyarakat yang disahkan semalam mempunyai kaitan dengan…
Read MoreLupa, tidak semak MySejahtera
KUANTAN 31 Mei – Ketidakhadiran 10,000 penduduk Pahang untuk mendapatkan vaksin antara lain disebabkan tidak menyemak aplikasi MySejahtera dan terpengaruh dengan berita tidak benar berkaitan vaksin. Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu selepas mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan berhubung isu ketidakhadiran di pusat pemberian vaksin (PPV) di Pahang. Katanya, Raub merupakan daerah paling tinggi mencatatkan jumlah ketidakhadiran iaitu 45 peratus diikuti Pekan (43 peratus), Maran (40), Bera (28) manakala Bentong dan Jerantut masing-masing mencatatkan 22 peratus. Selain tidak sedar akan lokasi, masa dan tarikh…
Read More1.864 bilion dos vaksin disuntik
DARIPADA 1.864 bilion dos vaksin yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini (31 Mei) China kini mendahului dengan 620 juta dos vaksin. Menurut data Johns Hopkins University, ini diikuti Amerika Syarikat sebanyak 294 juta dos, manakala India dengan 212 juta dos. Negara lain yang mencatat jumlah dos melebihi 60 juta dos ialah Brazil dan United Kingdom sementara Jerman merekod 49 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 35 dan 34 juta dos. Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 25.7 juta. Filipina…
Read More