67 maut, kes turun kepada 6,824

PUTRAJAYA 31 Mei – Kes harian Covid-19  hari ini menunjukkan penurunan apabila jumlah yang dilaporkan hari ini 6,824 berbanding 6,999 kes semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 setakat 12 tengah hari ini meningkat kepada 572,357 sementara kes aktif pula 79,523.

Daripada kes harian hari ini, kes tempatan adalah sebanyak 6,821 kes iaitu 6,239 warganegara (91.5%) dan 582 bukan warganegara (8.5%) manakala tiga kes import melibatkan seorang warganegara dan dua bukan warganegara.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 490,038 kes apabila 5,251 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Setakat ini 851 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 422 memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 67 kes kematian melibatkan 64 warganegara dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,796 kes.

Selangor merekodkan 15 kematian, diikuti 12 kes di Johor, lapan di Sarawak, enam di Kedah, masing-masing lima kes di Negeri Sembilan dan Kelantan, empat kes di Pahang, masing-masing tiga  di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Melaka, dua  di Sabah, serta satu  di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kluster baharu yang direkodkan adalah 25 menjadikan 2,188 kluster di mana 1,533 tamat dan 655 kluster aktif.

Related posts

Leave a Comment