Singapura lapor 30 kes baharu

SINGAPURA 28 Mei – Setakat tengah hari ini, Singapura melaporkan 15 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan 15 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Singapura setakat ini sebanyak 62,000 dengan 32 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, 11 daripada kes jangkitan dalam masyarakat itu ada kaitan dengan kes sebelum ini termasuk lapan yang sudah dikuarantin.

Tiga yang lain dikesan melalui ujian pemantauan.

Terdapat juga 15 kes import, yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah setibanya mereka di Singapura. Lapan daripada mereka adalah warga Singapura atau penduduk tetap yang pulang ke sini.

Tiada jangkitan baharu dilaporkan di asrama pekerja.

Related posts

Leave a Comment