RIYADH 28 Mei – Arab Saudi merekodkan 1,215 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 447,178 kes. Dalam tempoh 24 jam, Kementerian Kesihatan turut merekodkan 11 kematian yang menjadikan jumlah keseluruhan 7,320 orang meninggal dunia. Pada masa yang sama, kementerian merekodkan 1,161 kes sembuh dan ini meningkatkan lagi jumlah pesakit sembuh kepada 429,663 orang. Sementara itu Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 345 kes diikuti Makkah 324, daerah Timur 145, dan Madinah 96. Kes aktif pula 10,195 di mana 1,355 dalam keadaan kritikal.
Read MoreDay: May 28, 2021
Sabah ‘total lockdown’ Sarawak PKP
KUALA LUMPUR 28 Mei – Sabah akan turut melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun ini Menurut kenyataan media Ketua Menteri malam ini, kerajaan negeri menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin lewat petang ini berhubung pelaksanaan ‘total lockdown’ itu. “Kerajaan negeri juga memutuskan untuk melaksanakannya di negeri Sabah kerana langkah ini diperlukan untuk membendung peningkatan jangkitan Covid-19 di negeri ini” kata kenyataan itu. Sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang dibenarkan akan diumumkan dalam tempoh terdekat.…
Read More30 lokaliti 6 negeri kena PKPD
KUALA LUMPUR 28 Mei – Sebanyak 30 lokaliti di enam negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) apabila dikesan merekodkan peningkatan ketara kes Covid-19. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, berkata arahan itu dikeluarkan selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM). TERENGGANU (30 Mei sehingga 12 Jun 2021) 21 Mukim dalam daerah Kuala Terengganu: Mukim Manir, Mukim Bukit Besar, Mukim Pengadang Buluh, Mukim Belara, Mukim Paloh, Mukim Kubang Parit, Mukim Serada, Mukim Rengas, Mukim Chendering, Mukim Bandar. Mukim Chabang Tiga, Mukim Kepong, Mukim Gelugur Kedai, Mukim Kuala Ibai, Mukim Atas Tol,…
Read MoreMALAYSIA TOTAL LOCKDOWN
PUTRAJAYA 28 Mei – Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 akhirnya memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi (total lockdown) fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri lewat petang ini, sepanjang tempoh itu, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara. “Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi…
Read More5,862 kes baharu Indonesia
JAKARTA 28 Mei – Indonesia merekodkan tambahan 5,862 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,803,361 kes dengan kes sembuh pula meningkat kepada 1,654,557 termasuk 5,370 orang yang dilaporkan sembuh hari ini. Jumlah kematian pula meningkat kepada 50,100 orang apabila 193 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini manakala kes aktif pula 98,704. Lima provinsi mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu Jawa Barat 1,206 kes dan kumulatifnya 311,067, Jawa Tengah 668 (197,148), Jakarta 602 (427,371), Riau 503 (58,219) dan Nusa Tenggara Barat 451 (11,602). Jawa Barat turut merekodkan kes sembuh tertinggi dengan…
Read MoreSingapura lapor 30 kes baharu
SINGAPURA 28 Mei – Setakat tengah hari ini, Singapura melaporkan 15 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan 15 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Singapura setakat ini sebanyak 62,000 dengan 32 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, 11 daripada kes jangkitan dalam masyarakat itu ada kaitan dengan kes sebelum ini termasuk lapan yang sudah dikuarantin. Tiga yang lain dikesan melalui ujian pemantauan. Terdapat juga 15 kes import, yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah setibanya mereka di Singapura. Lapan daripada mereka adalah warga Singapura atau penduduk tetap yang pulang ke…
Read MoreFilipina catat 8,748 kes harian
MANILA 28 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini mencatatkan 8,748 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,209,154 kes. Menurut DoH, setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 3,017 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif pulih 1,134,818 atau 93.9 peratus. Bagi tempoh yang sama jumlah kematian meningkat kepada 20,566 orang termasuk 187 orang yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Kes aktif yang direkodkan pula adalah 53,770 atau 4.4 peratus.
Read More10 kes baharu,1 kematian di Laos
VIENTIANE 28 Mei – Kementerian Kesihatan Laos pada melaporkan 10 kes baharu Covid-19 dan satu kematian. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan Laos, Latsamy Vongkhamsao, kematian terbaharu melibatkan seorang lelaki berusia 74 tahun yang menerima rawatan di sebuah hospital di sini. Dengan perkembangan ini, jumlah kes Covid-19 di Laos mencecah 1,905 orang dengan tiga kematian, manakala 1,355 pesakit Covid-19 telah sembuh. Laos melaporkan dua kes pertama Covid-19 pada 24 Mac tahun lalu manakala kematian pertama pada 9 Mei.
Read More3,759 kes baharu, 34 korban di Thailand
BANGKOK 28 Mei – Sebanyak 3,759 kes baharu Covid-19 direkodkan dengan 34 lagi meninggal dunia di Thailand menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 144,976 dan 954 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada jumlah kes baharu itu, 3,741 adalah jangkitan tempatan termasuk 1,294 kes di penjara seluruh negara manakala 18 lagi kes import. Bangkok mencatatkan kematian tertinggi dengan 24 kes diikuti tiga di Samut Prakan diikuti Nakhon Si Thammarat (2) dan masing-masing satu di Chon Buri, Nakhon Ratchasima, Nakhon Sawan, Tak dan Roi Et. Bangkok juga mendahului…
Read MoreTiada varian Thailand
BANGKOK 28 Mei – Thailand menolak laporan media United Kingdom seterusnya menafikan kenyataan pihak Kesihatan Awam England (PHE) yang mendakwa C.36.3 adalah ‘varian Thailand’, Varian itu sebenarnya merupakan kes import yang kali pertama dikesan pada seorang lelaki Mesir yang melakukan perjalanan ke negara itu pada Januari lepas. Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Supakit Sirilak, berkata, hakikatnya lelaki pengembara itu yang membawa varian tersebut dan dikuarantin selepas ketibaan di negara ini. Pesakit itu kemudiannya diberi rawatan sehingga pulih. Dia melakukan perjalanan dari Mesir pada 25 Januari dan memasuki kemudahan kuarantin alternatif (ASQ) di…
Read More