5,862 kes baharu Indonesia

JAKARTA 28 Mei – Indonesia merekodkan tambahan 5,862 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,803,361 kes dengan kes sembuh pula meningkat kepada 1,654,557 termasuk 5,370 orang yang dilaporkan sembuh hari ini.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 50,100 orang apabila 193 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini manakala kes aktif pula 98,704.

Lima provinsi mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu Jawa Barat 1,206 kes  dan kumulatifnya 311,067, Jawa Tengah 668 (197,148), Jakarta 602 (427,371), Riau 503 (58,219) dan Nusa Tenggara Barat 451 (11,602).

Jawa Barat turut merekodkan kes sembuh tertinggi dengan 921 orang dan kumulatifnya 277,299, Jakarta 908 (409,426), Jawa Tengah 543 (179,057), Nusa Tenggara Barat 507 (8,657) dan Riau 459 (50, 873).

Kes kematian tertinggi pula direkodkan di Jawa Tengah dengan 45 kes dan kumulatifnya 9,133 diikuti Jawa Timur 19 (11,270), Jakarta 19 (7,134), Riau 19 (1,529) dan Jawa Barat 18 (4,158).

Sementara itu, bagi program vaksinasi Covid-19 hari ini, jumlah penerimanya melebihi 16 juta orang atau lebih tepat 16.000.947 orang.

Peningkatan ini berikutan tambahan penerima vaksin harian sebanyak 297,364 manakala penerima vaksinasi kedua meningkat menjadi 10.486.399 orang.

Related posts

Leave a Comment