Filipina catat 8,748 kes harian

MANILA 28 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini mencatatkan 8,748 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,209,154 kes.

Menurut DoH, setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 3,017 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif pulih 1,134,818 atau 93.9 peratus.

Bagi tempoh yang sama jumlah kematian meningkat kepada 20,566 orang termasuk 187 orang yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Kes aktif yang direkodkan pula adalah 53,770 atau 4.4 peratus.

Related posts

Leave a Comment