Tiada varian Thailand

BANGKOK 28 Mei – Thailand menolak laporan media United Kingdom seterusnya menafikan kenyataan pihak Kesihatan Awam England (PHE) yang mendakwa C.36.3 adalah ‘varian Thailand’,

Varian itu sebenarnya merupakan kes import yang kali pertama dikesan pada seorang lelaki Mesir yang melakukan perjalanan ke negara itu pada Januari lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Supakit Sirilak, berkata, hakikatnya lelaki pengembara itu yang membawa varian tersebut dan dikuarantin selepas ketibaan di negara ini.

Pesakit itu kemudiannya diberi rawatan sehingga pulih.

Dia melakukan perjalanan dari Mesir pada 25 Januari dan memasuki kemudahan kuarantin alternatif (ASQ) di Samut Prakan keesokan harinya.

Beliau disahkan positif untuk varian C.36.3. Ujian keduanya pada 16 Februari adalah negatif dan beliau segera pulang ke Mesir.

Setakat ini, tidak ada pesakit yang didiagnosis dengan varian spesifik ini di Thailand. Oleh itu, varian C.363 tidak boleh disenaraikan sebagai varian Thailand kerana ia adalah kes yang diimport.

PHE, sebuah agensi eksekutif Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial di United Kingdom, mengatakan “varian Thailand” adalah varian baharu Covid-19 telah dikesan di United Kingdom dan dikaitkan dengan lebih 100 kes di UK.

Related posts

Leave a Comment