Thailand catat kematian tertinggi

BANGKOK 26 Mei – Thailand melaporkan kematian tertinggi apabila merekodkan 41 kematian akibat Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 779 orang meninggal dunia.

Kematian tertinggi sebelum ini adalah 34 orang yang direkodkan pada 12 Mei lalu.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian melibatkan 25 lelaki dan 16 wanita berumur antara 9 hingga 86 tahun di mana 16 kes di Bangkok, masing-masing dua kes di Chon Buri dan Pathum Thani.

Turut merekodkan kes adalah di Sing Buri, Sukhothai, Udon Thani, Narathiwat, Loei, Sakon Nakhon, Nakhon Sawan, Prachin Buri, Trang, Nakhon Si Thammarat dan Samut Sakhon.

Sementara jumlah kes baharu yang direkodkan adalah 2,455 termasuk 16 kes import yang melibatkan 1,976 kes dalam kalangan orang awam dan 479 kes di penjara. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes  meningkat kepada 137,894 kes.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari India (1 wanita Thai), Kuwait (1), Amerika Syarikat (1), Maldives (1), Arab Saudi (3), Malaysia (1), Myanmar (1) dan Kemboja (7).

Dalam tempoh 24 jam juga, seramai 2,571 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 91,765.

Setakat ini 45,256 pesakit Covid-19 dirawat di hospital termasuk 26,625 di hospital lapangan di mana 1,210 dalam keadaan kritikal dan 402 bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Untuk rekod, sejak gelombang ketiga 1 April lalu, jumlah kes meningkat kepada

109,031 manakala 64,339 sembuh dan 779 kematian.

Bagaimanapun jika diambil kes sejak pandemik awal tahun lalu, Thailand merekodkan 873 kematian dan 137,894 kes

Related posts

Leave a Comment