Arab Saudi rekod 1,320 kes

RIYADH 26 Mei – Arab Saudi merekodkan 1,320 kes baharu Covid-19 berbanding 1,389 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 444,780 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 17 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada 7,295 kematian. Sebanyak 873 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 427,462. Sementara itu Makkah mencatatkan kes harian tertinggi dengan 404 kes diikuti Riyadh 343, daerah Timur 164 dan Madinah 120. Kes aktif kini berjumlah 10,023 di mana 1,348 dalam keadaan kritikal .

Read More

India lepasi 27 juta kes

NEW DELHI 26 Mei  – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di India melepasi 27 juta orang iaitu mencecah 27,157,795 dengan 208,921 kes baharu direkodkan, kata Kementerian Kesihatan. Seramai 4,157 orang meninggal dunia sejak pagi Selasa menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 311,388 orang. Jumlah kes aktif harian menyaksikan penurunan sejak beberapa hari kebelakangan ini, iaitu sebanyak 2,495,591. Seramai 24,350,816 pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital. India memulakan program suntikan vaksin Covid-19 pada 16 Januari lalu dan sehingga kini sebanyak 200,662,456 dos sudah diberikan. Pada Selasa sahaja sebanyak 2,039,087 dos vaksin disuntik. Fasa…

Read More

Sekatan keluar masuk Sabah – Labuan

KOTA KINABALU 26 Mei -Kerajaan negeri hari ini mengumumkan sekatan pergerakan keluar masuk antara Sabah dan Labuan berkuat kuasa serta-merta berikutan kewujudan Covid-19 varian India yang dikesan di Wilayah Persekutuan itu. Menteri Kerajaan dan Perumahan negeri Masidi Manjun berkata pengecualian yang diberikan melibatkan pergerakan perkhidmatan dan barangan perlu, keselamatan dan kesihatan atau perubatan serta telah mendapat kebenaran khas. “Pengangkutan feri awam juga hanya bagi keperluan perkhidmatan perlu dan barangan perlu sahaja. Permohonan kebenaran (pergerakan Sabah dan Labuan) bagi pasangan jarak jauh juga tidak akan dipertimbang bermula 28 Mei hingga 7 Jun,” katanya dalam kenyataan malam ini.…

Read More

Semakin banyak lokaliti PKPD

KUALA LUMPUR 26 Mei – Sebanyak 19 kluster dicatatkan daripada keseluruhan 50 kluster akibat rentas negeri sejak awal tahun ini, melibatkan 6,291 kes, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Katanya, peningkatan kluster itu dilaporkan berlaku sepanjang April hingga Mei. “Dari segi bilangan kluster, setakat 20 Mei lepas, Kementerian Kesihatan (KKM) telah merekodkan 1,966 keseluruhan kluster sejak pandemik ini melanda negara kita. “Daripada jumlah itu, terdapat 528 kluster aktif manakala 1,438 lagi kluster diisytiharkan tamat,” katanya dalam kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini. Ismail Sabri juga berkata beberapa kawasan…

Read More

Khidmat Tajuddin Rahman ditamatkan

PUTRAJAYA 26 Mei – Setelah sidang medianya mengenai nahas dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) menimbulkan kontroversi, akhirnya, Menteri Kewangan (Diperbadankan) menamatkan perkhidmatan Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd berkuat kuasa serta merta. Surat persetujuan penamatan perkhidmatan Ahli Parlimen Pasar Salak itu dikeluarkan bertarikh 26 Mei 2021 yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. “Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan (Diperbadankan) telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri (Tajuddin) sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd ditamatkan berkuat kuasa serta merta. “Saya mengambil kesempatan ini untuk…

Read More

Jumlah kes, kematian tertinggi

PUTRAJAYA 26 Mei – Tidak sampai seminggu, Malaysia sekali lagi merekodkan kes dan kematian tertinggi hari ini apabila 7,478 kes baharu Covid-19 dicatatkan dengan 63 kematian dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 533,367 dan 2,432 kematian. Untuk rekod, pada 20 Mei, Kementerian Kesihatan mengumumkan kes harian tertinggi iaitu 6,806 diikuti 23 Mei dengan merekodkan 6,976 kes dan semalam, 25 Mei merekodkan 7,289 kes. Bagi kematian pula, jika diambil kira kes tertinggi mulai 17 Mei, ia merekodkan 45 kes diikuti 47 (18 Mei), 59…

Read More

Amalkan kawalan kendiri

PUTRAJAYA 26 Mei – Rakyat Malaysia digesa mengamalkan kawalan pergerakan kendiri dan keluarga sebagai langkah memutuskan rantaian penularan Covid-19 yang semakin serius akibat peningkatan kes sporadik dalam komuniti. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata secara tidak sedar, sesiapa sahaja boleh dijangkiti atau menjangkiti individu lain. “Semakin banyak pergerakan masyarakat dan kontak dengan individu lain, semakin tinggi kebarangkalian untuk virus SARS-CoV-2 merebak dan menjangkiti. Lebih-lebih lagi jika masyarakat tidak memakai pelitup muka, saling bersentuhan, tidak menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu hingga dua meter antara satu sama lain, bersesak-sesak di tempat yang sempit…

Read More

Kompaun langgar SOP pengebumian

JOHOR BAHRU 26 Mei – Enam belas ahli keluarga dan seorang pengurus sebuah tempat pengebumian di Jalan Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini dikompaun kerana melakukan upacara pengurusan jenazah melebihi jumlah individu yang dibenarkan. Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata ahli keluarga terdiri daripada 10 lelaki dan enam wanita tempatan berusia lingkungan 18 hingga 86 tahun itu dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada kira-kira pukul 11 pagi hasil aduan orang awam. “Kita terima aduan yang mengatakan bahawa terdapat ramai orang berkumpul…

Read More

Selangor kekal tertinggi kes

PUTRAJAYA 26 Mei – Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi hari ini dengan merekodkan 2,455 kes berbanding 2,642 kes berbanding semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes di negeri itu 174,775. Daripada 7,478 kes yang direkodkan hari ini, Selangor satu-satunya negeri yang mencatatkan empat angka bagi kes harian setakat ini. Jiran terdekat Selangor iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 760 kes dan kumulatifnya 55,471 dan Sarawak 640 (43,966). Tiga negeri merekodkan lebih 500 kes iaitu Johor 587 (55,682), Kelantan 547 (23,969) dan Kedah 542 (16,570).

Read More