Berkumpul raya, 30 dikompaun

JOHOR BAHRU 26 Mei – Tiga puluh individu dikompaun RM1,500 setiap seorang selepas polis menahan mereka dalam tiga serbuan berasingan kerana berkumpul beramai-ramai untuk menyambut hari raya, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, dua serbuan dibuat di sebuah apartment di Jalan Tanjung Puteri dan satu lagi di sebuah apartment di Taman Jaya Putra.

“Dalam serbuan itu, pasukan Task Force dan anggota Unit Risikan Sempadan (URS) Balai Polis Sentral, Johor Bahru Selatan telah berjaya menahan seramai 19 lelaki dan 11 perempuan berumur di antara 16 hingga 29 tahun.

“Mereka dipercayai menyewa apartment tersebut selama beberapa hari untuk berkumpul sempena hari raya. Mereka didapati berkumpul di ruang tamu rumah tanpa penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka,” katanya dalam satu kenyataan.

Semua yang ditahan dikompaun RM1,500 seorang di bawah Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021 kerana melanggar syarat (PKP) dan tiada penjarakan

Related posts

Leave a Comment