India lepasi 27 juta kes

NEW DELHI 26 MeiĀ  – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di India melepasi 27 juta orang iaitu mencecah 27,157,795 dengan 208,921 kes baharu direkodkan, kata Kementerian Kesihatan.

Seramai 4,157 orang meninggal dunia sejak pagi Selasa menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 311,388 orang.

Jumlah kes aktif harian menyaksikan penurunan sejak beberapa hari kebelakangan ini, iaitu sebanyak 2,495,591.

Seramai 24,350,816 pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital.

India memulakan program suntikan vaksin Covid-19 pada 16 Januari lalu dan sehingga kini sebanyak 200,662,456 dos sudah diberikan. Pada Selasa sahaja sebanyak 2,039,087 dos vaksin disuntik.

Fasa ketiga suntikan vaksin sedang dilaksana di seluruh negara membabitkan penduduk berusia 18 tahun ke atas.

Bagaimanapun usaha itu berdepan masalah kekurangan vaksin.

Tiga vaksin digunakan di India iaitu Covishield, Covaxin dan Sputnik-V buatan Rusia.

Related posts

Leave a Comment