Arab Saudi rekod 1,320 kes

RIYADH 26 Mei – Arab Saudi merekodkan 1,320 kes baharu Covid-19 berbanding 1,389 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 444,780 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 17 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada 7,295 kematian.

Sebanyak 873 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 427,462.

Sementara itu Makkah mencatatkan kes harian tertinggi dengan 404 kes diikuti Riyadh 343, daerah Timur 164 dan Madinah 120.

Kes aktif kini berjumlah 10,023 di mana 1,348 dalam keadaan kritikal .

Related posts

Leave a Comment