Selangor kekal tertinggi kes

PUTRAJAYA 26 Mei – Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi hari ini dengan merekodkan 2,455 kes berbanding 2,642 kes berbanding semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes di negeri itu 174,775.

Daripada 7,478 kes yang direkodkan hari ini, Selangor satu-satunya negeri yang mencatatkan empat angka bagi kes harian setakat ini.

Jiran terdekat Selangor iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 760 kes dan kumulatifnya 55,471 dan Sarawak 640 (43,966).

Tiga negeri merekodkan lebih 500 kes iaitu Johor 587 (55,682), Kelantan 547 (23,969) dan Kedah 542 (16,570).

Related posts

Leave a Comment