Filipina 6,831 kes, 183 kematian

MANILA 22 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 6,831 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,178,217 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada  19,946 orang termasuk 183 pesakit yang meninggal dunia hari ini.

Sementara itu, terdapat 7,981 pesakit yang dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah pulih meningkat kepada 1,103,945 orang atau 93.7 peratus.

Kes aktif pula 54,326 atau 4.6 peratus.

Related posts

Leave a Comment