India catat 257,299 kes baharu

NEW DELHI: Jumlah kes jangkitan Covid-19 India meningkat kepada 26,289,290 dengan 257,299 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. Menurut Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga, sebanyak 4,194 kematian dicatatkan sejak pagi Jumaat, menjadikan jumlah korban 295,525. Sebanyak 4,194 kematian dicatatkan sejak pagi Jumaat, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 295,525. Kes aktif pula direkodkan 2,923,400 menunjukkan penurunan sebanyak 104,525. Seramai 23,070,365 pesakit sudah pulih dan dibenarkan keluar hospital setakat ini. Perintah berkurung waktu malam serta sekatan pergerakan penuh dan separa masih dikuat kuasa di kebanyakan negeri. Setakat ini lebih 193…

Read More

Kes di Arab Saudi kini 439,847

RIYADH 22 Mei – Arab Saudi merekodkan 1,142 kes baharu Covid-19 berbanding 1,136 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 439,847 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 13 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 7,237 kematian. Kementerian juga melaporkan 1,089 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 423,795 pulih daripada Covid-19. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 336 kes, diikuti Makkah 250, daerah Timur 158 dan Madinah 97. Setakat ini kes aktif yang dilaporkan adalah 8,815 dan 1,329 pesakit dalam keadaan kritikal.

Read More

Filipina 6,831 kes, 183 kematian

MANILA 22 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 6,831 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,178,217 kes. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada  19,946 orang termasuk 183 pesakit yang meninggal dunia hari ini. Sementara itu, terdapat 7,981 pesakit yang dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah pulih meningkat kepada 1,103,945 orang atau 93.7 peratus. Kes aktif pula 54,326 atau 4.6 peratus.

Read More

3,052 kes jangkitan baharu Thailand

BANGKOK 22 Mei – Thailand merekodkan 24 lagi pesakit meninggal dunia dan 3,052 kes jangkitan baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 759 kematian dan 126,118 kes. Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada kes baharu itu, 2,406 melibatkan orang awam, 605 kes di penjara dan 41 adalah kes import. Hari ini, 2,900 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 82,404 manakala 42,955 masih menerima rawatan di hospital termasuk 1,216 dalam keadaan kritikal dan 409 memerlukan alat bantuan pernafasan. Kes kematian melibatkan mereka…

Read More

Dua kluster rentas hari raya

KOTA KINABALU 22 Mei – Dua kluster akibat merentas negeri bagi meraikan Aidilfitri dikesan di Sabah iaitu Kluster Abaka di Tawau melibatkan 38 kes positif dan Kluster Melikai di Kuala Penyu dengan 16 kes. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun berkata kes indeks bagi Kluster Abaka adalah seorang guru lelaki bersama pasangannya yang dikesan positif dalam saringan untuk rentas negeri untuk pulang ke Labuan pada 14 Mei selepas meraikan Aidilfitri di Tawau. Pasangan itu masuk ke Sabah pada 8 Mei, terlibat dalam aktiviti kunjung-mengunjung sehingga 14 Mei di…

Read More

2.8 juta hilang kerja jika PKP penuh

PUTRAJAYA 22 Mei – Sebanyak 2.8 juta pekerja informal berisiko tinggi hilang punca pendapatan jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan secara menyeluruh, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Aziz. Beliau berkata, jika sektor ekonomi ditutup, bilangan rakyat yang menggangur dijangka mencecah satu juta, yang akan memberi impak kepada empat juta rakyat berdasarkan purata empat orang bagi setiap keluarga. “Kesan PKP menyeluruh akan lebih dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan pekerja sektor informal. Kita perlu ingat bahawa sektor pembuatan dan perkilangan juga menggaji ramai rakyat Malaysia yang berpendapadatan rendah,” katanya. Dengan situasi…

Read More

Digalakkan dua keping pelitup muka

PUTRAJAYA 22 Mei – Pemakaian dua keping pelitup muka berserta pelindung muka amat digalakkan jika seseorang berada di tempat awam yang sesak dan berisiko tinggi seperti hospital. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pemakaian dua keping pelitup muka mampu menapis sehingga 95 peratus virus Covid-19 namun buat masa ini, kerajaan belum mewajibkannya. “Pemakaian dua keping pelitup muka adalah digalakkan tapi bukan diwajibkan, tetapi memakai pelitup muka adalah wajib sekurang-kurangnya sekeping pelitup muka. “Kalau berada di tempat yang sesak dan berisiko tinggi, adalah amat digalakkan untuk memakai dua keping pelitup…

Read More

Tujuh juta bekerja dari rumah

PUTRAJAYA 22 Mei – Dianggarkan tujuh juta pekerja dari sektor awam dan swasta akan bekerja dari rumah dan tidak akan ke pejabat atau premis tempat mereka bekerja mulai 25 Mei ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Selain 80 peratus atau 750,000 penjawat awam yang akan bekerja dari rumah, kerajaan turut memutuskan 40 peratus pekerja di sektor swasta juga akan berbuat demikian manakala 60 peratus atau 6.1 juta bekerja dari rumah. Beliau berkata, sekatan-sekatan yang diumumkan kerajaan itu merupakan penambahan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa pada…

Read More

Operasi niaga sehingga 8 malam

PUTRAJAYA 22 Mei – Mulai 25 Mei ini, kerajaan akan mengehadkan operasi perniagaan di seluruh negara dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam sahaja, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata penguatkuasaan itu yang bertujuan mengurangkan pergerakan orang ramai sekali gus mengelak penularan lebih serius Covid-19 melibatkan seluruh negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan. Waktu operasi baharu itu meliputi gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, gerai makan atau kiosk: penjualan makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran, kedai runcit, kedai serbaneka, kedai keperluan harian dan kedai makanan haiwan.…

Read More

‘Keadaan semakin terdesak’

PUTRAJAYA 22 Mei – Sistem kesihatan negara sedang menghadapi tekanan besar,dan keadan semakin terdesak sehingga Kementerian Kesihatan terpaksa menukar fungsi pelbagai ruang di hospital untuk menjadi unit rawatan rapi (ICU) bagi merawat pesakit COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu terpaksa diambil selepas kadar penggunaan katil di ICU di seluruh hospital di Lembah Klang mencecah 113 peratus atau bersamaan 344 katil ICU untuk 377 pesakit Covid-19. “Sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan anda untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” kata beliau dalam…

Read More