3,052 kes jangkitan baharu Thailand

BANGKOK 22 Mei – Thailand merekodkan 24 lagi pesakit meninggal dunia dan 3,052 kes jangkitan baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 759 kematian dan 126,118 kes.

Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada kes baharu itu, 2,406 melibatkan orang awam, 605 kes di penjara dan 41 adalah kes import.

Hari ini, 2,900 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 82,404 manakala 42,955 masih menerima rawatan di hospital termasuk 1,216 dalam keadaan kritikal dan 409 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 31 hingga 96 tahun, separuh adalah lelaki di mana 13 kes dari Bangkok, tiga dari Samut Prakan, dua Chiang Mai dan Ratchaburi, dan setiap satu dari Nonthaburi, Surat Thani, Yasothon dan Nakhon Nayok.

Sebelas daripada mereka menghidap tekanan darah tinggi, lapan kencing manis, dan yang lain mengalami pelbagai penyakit kronik.

Kes import pula melibatkan mereka yang dikuarantin selepas ketibaan dari

Malaysia (1), Maldives (2), Filipina(1), Arab Saudi (1), Jepun (1) dan Kemboja (35). Kesemuanya warga Thai kecuali seorang warga Filipina.

Bangkok masih merekodkan kes tertinggi iaitu 1,191, diikuti Phetchaburi (437), Nonthaburi (99), Samut Prakan (94), Chon Buri (71), Pathum Thani (68), Samut Sakhon (49), Yala (43), Ratchaburi (29), dan 20 masing-masing di Tak, Songkhla, Surat Thani and Nakhon Pathom. 

Related posts

Leave a Comment