Kes di Arab Saudi kini 439,847

RIYADH 22 Mei – Arab Saudi merekodkan 1,142 kes baharu Covid-19 berbanding 1,136 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 439,847 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 13 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 7,237 kematian.

Kementerian juga melaporkan 1,089 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 423,795 pulih daripada Covid-19.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 336 kes, diikuti Makkah 250, daerah Timur 158 dan Madinah 97.

Setakat ini kes aktif yang dilaporkan adalah 8,815 dan 1,329 pesakit dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment