Operasi niaga sehingga 8 malam

PUTRAJAYA 22 Mei – Mulai 25 Mei ini, kerajaan akan mengehadkan operasi perniagaan di seluruh negara dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam sahaja, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata penguatkuasaan itu yang bertujuan mengurangkan pergerakan orang ramai sekali gus mengelak penularan lebih serius Covid-19 melibatkan seluruh negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Waktu operasi baharu itu meliputi gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, gerai makan atau kiosk: penjualan makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran, kedai runcit, kedai serbaneka, kedai keperluan harian dan kedai makanan haiwan.

Selain itu, kedai dobi, dobi layan diri, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai guntung rambut dan salun turut dibenarkan beroperasi hanya dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam.

Bagaimanapun, katanya kedai farmasi dibenarkan beroperasi dari pukul 8 pagi sehinggan 10 malam, sementara pasar malam beroperasi dari pukul 4 petang sehingga 8 malam.

Stesen minyak kecuali stesen minyak di lebuh raya juga hanya dibenarkan beroperasi sehingga pukul 8 malam.

Related posts

Leave a Comment