Selangor tambah kes baharu

PUTRAJAYA 26 April – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 762 kes (27.4 peratus) berbanding 751 semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 577 kes (75.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 615 kes (22.2 peratus) berbanding 595 semalam dan Kelantan sebanyak 343 kes (12.4 peratus).

  • Selangor: 762 kes 
    • 67 kes daripada kluster-kluster, termasuk 52 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Batu Sembilan;
    • 510 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 184 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 615 kes
    • 91 kes daripada kluster-kluster, termasuk 22 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sebauh-Bintulu, Kluster Pondok Belaga, dan Kluster Sungai Senibung;
    • 427 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 97 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 343 kes 
    • 67 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Pangkal Chuit;
    • 213 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 63 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 309 kes  
    • 211 kes daripada kluster-kluster, termasuk 192 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Impian Emas 17, Kluster Jalan Raja Bukit Pasir, dan Kluster Tapak Bina Tanjung Kupang;
    • 65 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 254 kes  
    • Enam kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 149 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu kes import dari luar negara; dan
    • 98 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 123 kes 
    • 30 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Arumugam Pillai dan Kluster Kampung Selamat;
    • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Negeri Sembilan: 112 kes
    • 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment