Kes harian terus meningkat

PUTRAJAYA 26 April – Malaysia terus merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila menambah 2,776 kes harian baharu berbanding 2,690 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 395,718 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah berkata, tiga daripada jumlah itu adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini ialah 24,713 kes.

Dalam pada itu, jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,803 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 369,556 kes.

Terdapat pertambahan sebanyak 13 kes baharu kematian menjadikan jumlah kes  keseluruhannya kini 1,449 kes.

Kes kematian pada hari ini melibatkan enam kes di Sarawak, tiga  di Selangor, dua  di Sabah, dan masing-masing satu di Kelantan dan Johor. Sebanyak 12 kes melibatkan warganegara dan satu bukan warganegara.

Setakat ini, sebanyak 300 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 133 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment