Kes harian tinggi di Singapura

SINGAPURA mencatatkan kes harian tertinggi pada Isnin 26 April apabila merekodkan 45 kes baharu Covid-19 termasuk dua jangkitan tempatan iaitu satu dalam masyarakat dan satu di asrama pekerja. Kes dalam masyarakat melibatkan seorang pelajar warga Singapura berusia 19 tahun yang belajar di United Kingdom dan kembali ke Singapura pada Disember lalu. Jangkitannya dikesan ketika beliau menjalani ujian sebelum berangkat pada 23 April sebagai persiapan untuk perjalanan ke United Kingdom. Pelajar itu, sebelum ini berada di United Kingdom dari 11 September hingga 1 Disember tahun lalu. Satu lagi kes melibatkan penghuni asrama…

Read More

Arab Saudi lapor 958 kes

RIYADH 26 April – Kementerian Kesihatan (MoH) Arab Saudi melaporkan 958 kes baharu Covid-19 berbanding 953 semalam dan 1,072 pada 24 April. Dalam tempoh 24 jam, MoH juga merekodkan 13 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 413,714 dan kematian pula meningkat kepada 6,913. MoH juga merekodkan 1,047 kes sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh kini 396,604. Sementara itu Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 364 diikuti Makkah 234 dan daerah Timur 145. Terdapat 9,657 kes aktif dan 1,290 dalam keadaan…

Read More

PdPR dua minggu lepas raya

PUTRAJAYA 26 April – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan untuk melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu selepas cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri. Menteri Kanan Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin, berkata langkah itu bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM. Melalui Facebooknya, beliau berkata, cuti persekolahan akan bermula lebih awal daripada dijadualkan. Cuti untuk Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada hari Selasa, 11 Mei dan KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah…

Read More

1.5 juta kunjungi Masjidilharam

JEDDAH 26 April – Kira-kira 1.5 juta jemaah mengunjungi Masjidilharam dalam tempoh .10 hari pertama bulan Ramadan sekarang dengan pelaksanaan langkah-langkah penjarakan fizikal  dan pemakaian pelitup untuk keselamatan orang ramai. Untuk keselesaan para jemaah juga, kawasan mataf dan pelantar sekeliling Kaabah dikhususkan hanya untuk para jemaah umrah saja, dengan laluan khas untuk golongan warga tua dan kurang upaya menyempurnakan ibadah tawaf dan sai. Para jemaah yang ke Masjidilharam untuk menunaikan solat fardhu atau solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan sekarang, dialihkan ke kawasan baru bersebelahannya. Ini juga bagi mengelakkan kesesakan dan…

Read More

Naik pangkat, biaya pendidikan

JAKARTA 26 April – Presiden Joko Widodo mengumumkan kenaikan pangkat satu tingkat kesemua 53 anak kapal yang disahkan terkorban dalam kejadian kapal selam tentera KRI Nanggala yang karam. Beliau berkata pemerintah Indonesia juga akan menyediakan bantuan kewangan pendidikan kepada anak-anak kru kapal selam berkenaan sehingga mereka mendapatkan ijazah. Dalam ucapannya melalui televisyen di sini petang ini, beliau menyampaikan rasa dukacita mendalam atas gugurnya 53 prajurit TNI Angkatan Laut di KRI Nanggala 402 dalam melaksanakan tugas di perairan utara Pulau Bali. “Mereka adalah putra-putra terbaik bangsa, patriot penjaga kedaulatan negara. Pengabdian…

Read More

12 kluster baharu

PUTRAJAYA 26 April – Jumlah kluster meningkat kepada 1,603 dengan tambahan 12 lagi kluster yang melibatkan empat kluster tempat kerja dan empat  komuniti, dua pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan serta satu keagamaan dan satu pusat tahanan. Bagaimanapun 1,245 kluster telah tamat termasuk lima yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Wawasan Dua, Kluster Jalan Bukit Tiga, Kluster Jalan Bachok, Kluster Seksyen 16, dan Kluster Jalan Setia Jaya. Jumlah kluster aktif pula 358 di mana 64 kluster menambah kes baharu termasuk yang tertinggi iaitu Kluster Jalan Raja…

Read More

Selangor tambah kes baharu

PUTRAJAYA 26 April – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 762 kes (27.4 peratus) berbanding 751 semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 577 kes (75.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 615 kes (22.2 peratus) berbanding 595 semalam dan Kelantan sebanyak 343 kes (12.4 peratus). Selangor: 762 kes  67 kes daripada kluster-kluster, termasuk 52 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Batu Sembilan; 510 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Satu (1)…

Read More

Kes harian terus meningkat

PUTRAJAYA 26 April – Malaysia terus merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila menambah 2,776 kes harian baharu berbanding 2,690 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 395,718 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah berkata, tiga daripada jumlah itu adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini ialah 24,713 kes. Dalam pada itu, jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,803 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 369,556 kes. Terdapat pertambahan sebanyak 13 kes baharu kematian menjadikan jumlah kes  keseluruhannya kini 1,449 kes. Kes…

Read More

Filipina kini 1,006,428

MANILA 26 April – Filipina hari ini mencapai angka 1 juta kes jangkitan apabila 8,929 lagi kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 4 petang ini. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina, jumlah kumulatif kes setakat ini adalah 1,006,428 dengan kematian pula meningkat kepada 16,853 termasuk 70 yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Sebanyak 11,333 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 914,952 kes atau 90.9 peratus. Kes aktif pula 74,623.

Read More

Thailand tambah 2,048 kes baharu

BANGKOK 26 April – Thailand merekodkan 2,048 kes baharu dan lapan lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 57,508 kes dan 148 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kes import pula 10 yang melibatkan ketibaan dari imported India (4) dan masing-masing satu dari Emiriyah Arab Bersatu, Pakistan, China, Turki, Hungary dan Qatar. Bangkok merekodkan 901 kes baharu diikuti Samut Prakan (110), Chon Buri (104), Nonthaburi (97) dan Chiang Mai (84). Menurut CCSA, Bangkok dijangka terus mencatatkan lebih 500 kes sehari hasil pengesanan secara aktif di lapangan.…

Read More