Kes harian Saudi 1,098

RIYADH 23 April – Arab Saudi hari ini merekodkan 1,098 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 410,913. Jumlah kematian pula meningkat kepada 6,878 orang apabila sembilan lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,205 kes dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada 393,653 pesakit sembuh. Kes aktif pula sebanyak 9,660 dan 1,205 dalam keadaan kritikal. Sementara itu Riyadh merekodkan 454 kes jangkitan diikuti Makkah 244 dan daerah Timur 171.

Read More

Kes harian Thai naik kepada 2,070

BANGKOK 23 April – Thailand akhirnya mencatatkan angka 2,000 bagi kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 2,070 kes baharu dengan empat lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Dengan perkembangan ini juga, jumlah kumulatif kini mencecah 50,183 kes manakala kematian pula 121 orang. Kes kematian melibatkan warga tempatan iaitu tiga lelaki berusia 72 dari Bangkok , 74 tahun dari Songkhla, dan 83 tahun dari Samut Prakan serta wanita, 29 juga dari  Samut Prakan. Daripada 2,070 kes baharu itu, 2,062 adalah kes tempatan manakala lapan kes import. Sebanyak 1,902 kes disahkan di…

Read More

Filipina catat 8,719 kes baharu

MANILA 23 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 8,719 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 979,740 kes. Setakat pukul 6.30 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 16,529 orang termasuk 159 pesakit yang meninggal dunia hari ini. Sementara itu, sebanyak 13,812 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 860,412 atau 87.8 peratus. Kes aktif pula 102,799 atau 10.5 peratus.

Read More

Lima lagi kluster pendidikan

PUTRAJAYA 23 April – Lapan kluster baharu direkodkan hari ini yang yang melibatkan lima kluster pendidikan termasuk empat kluster sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan, dua komuniti, dan satu tempat kerja. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster meningkat kepada 1,573 kluster. Bagaimanapun 1,219 kluster telah tamat termasuk enam yang tamat hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Atmosphere, Kluster Batu 19, Kluster Jalan Masyhur Enam, Kluster Industri Cheras Jaya, Kluster Jalan Setiawangsa, dan Kluster Jalan Belimbing. Kluster aktif pula 354 di mana 72 kluster merekodkan pertambahan kes termasuk Kluster Pulai Chondong…

Read More

Lonjakan kes di Selangor

PUTRAJAYA 23 April – Selangor kembali mendahului kes jangkitan harian apabila melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 748 kes (26.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 602 kes (80.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 717 kes (25.2 peratus) dan Kelantan sebanyak 476 kes (16.7 peratus). Selangor: 748 kes  40 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mempaga Satu; 562 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Satu (1) kes…

Read More

Peningkatan kes dalam 24 jam

PUTRAJAYA 23 April – Kes jangkitan Covid-19 terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 2,847 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, jangkitan baharu itu melibatkan 2,843 kes penularan tempatan dan empat kes import. Dengan perkembangan itu, ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kini sebanyak 387,535. Daripada 2,843 kes tempatan, 2,601 adalah warganegara (91.5%) dan 242 bukan warganegara (8.5%) manakala kes aktif pula 22,512 kes. Sebanyak 62 kes (2.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI)…

Read More

Bazar Aidilfitri sehingga 2 pagi

KUALA LUMPUR 23 April – Prosedur operasi standard (SOP) untuk sambutan Aidilfitri bakal diumumkan minggu depan manakala bazar Aidilfitri dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi mulai esok, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, kerajaan sedang dalam proses memperhalusi cadangan dan saranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan. “Kita mendengar pembentangan Jakim berkenaan SOP hari raya seperti takbir, solat Aidilfitri, menziarahi kubur dan lain-lain. Buat masa ini kita sedang memperhalusinya kerana terdapat beberapa teguran mengenai cadangan Jakim. Kita akan mengemas kini dan menambah baik beberapa bahagian dan…

Read More

Budak lelaki positif Covid-19

SINGAPURA 23 April – Seorang budak lelaki warga India berusia 11 tahun disahkan positif Covid-19, satu antara dua kes jangkitan tempatan yang direkodkan semalam. Pemegang pas pelajar kolej itu, anak pasangan suami isteri, seorang pengurus restoran dan akauntan, yang dijangkiti sebelum ini dan dikenalpasti sebagai kelompok yang dikaitkan dengan kes import yang mungkin dijangkiti semula di India. Berikutan dia dikenal pasti sebagai kontak rapat ibunya, budak itu diarah menjalani kuarantin di rumah pada 16 April Budak itu diuji negatif pada 17 dan 19 April semasa dikuarantin tetapi pada 21 April dia…

Read More

Perancis buka semula sekolah Isnin

PARIS: Perdana Menteri Perancis, Jean Castex mengumumkan para pelajar akan kembali semula ke sekolah mulai Isnin ini berikutan gelombang ketiga penularan Covid-19 di negara itu akan berakhir susulan penurunan kes harian. Beliau yang yakin keputusan pembukaan semula sekolah adalah tepat berkata, penutupan sekolah secara berterusan akan memberikan implikasi yang lebih besar kepada tahap pendidikan pelajar dan kesan psikologi. Selain itu, sektor perniagaan juga dijangka akan beroperasi semula menjelang pertengahan Mei. Berucap melalui televisyen pada Khamis, 22 April beliau berkata kemuncak gelombang ketiga mungkin akan berakhir dan tekanan pandemik ini semakin berkurangan.…

Read More