Budak lelaki positif Covid-19

SINGAPURA 23 April – Seorang budak lelaki warga India berusia 11 tahun disahkan positif Covid-19, satu antara dua kes jangkitan tempatan yang direkodkan semalam.

Pemegang pas pelajar kolej itu, anak pasangan suami isteri, seorang pengurus restoran dan akauntan, yang dijangkiti sebelum ini dan dikenalpasti sebagai kelompok yang dikaitkan dengan kes import yang mungkin dijangkiti semula di India.

Berikutan dia dikenal pasti sebagai kontak rapat ibunya, budak itu diarah menjalani kuarantin di rumah pada 16 April

Budak itu diuji negatif pada 17 dan 19 April semasa dikuarantin tetapi pada 21 April dia mula demam. Satu lagi ujian dibuat dan  keputusannya positif.

Satu lagi adalah kes di asrama pekerja, melibatkan seorang warga Bangladesh berusia 32 tahun, merupakan rakan sebilik kes sebelum ini di Westlite Woodlands.

Kedua-duanya adalah penyelia binaan. Dia dikuarantin di kemudahan pemerintah

Pekerja itu sudah menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19 dengan suntikan kedua dilakukan pada 3 April .

Sementara itu, 22 kes import yang turut melibatkan warga Singapura adalah mereka yang tiba dari beberapa negara seperti  dari India, Malaysia, Pakistan, Sri Lanka, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Maldives. Indonesia, Myanmar dan Filipina.

Related posts

Leave a Comment