Lonjakan kes di Selangor

PUTRAJAYA 23 April – Selangor kembali mendahului kes jangkitan harian apabila melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 748 kes (26.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 602 kes (80.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 717 kes (25.2 peratus) dan Kelantan sebanyak 476 kes (16.7 peratus).

  • Selangor: 748 kes 
    • 40 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mempaga Satu;
    • 562 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 145 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 717 kes
    • 179 kes daripada kluster-kluster, termasuk 41 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Roban Lama dan Kluster Jalan Selirik;
    • 444 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 94 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 476 kes 
    • 171 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Gong Dermin;
    • 230 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 75 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 302 kes  
    • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bukit Bintang;
    • 168 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Tiga kes import dari luar negara; dan
    • 121 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 130 kes  
    • 39 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Sri Saujana;
    • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 44 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Negeri Sembilan: 105 kes
    • 63 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. 

Related posts

Leave a Comment