Kes harian Thai naik kepada 2,070

BANGKOK 23 April – Thailand akhirnya mencatatkan angka 2,000 bagi kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 2,070 kes baharu dengan empat lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Dengan perkembangan ini juga, jumlah kumulatif kini mencecah 50,183 kes manakala kematian pula 121 orang.

Kes kematian melibatkan warga tempatan iaitu tiga lelaki berusia 72 dari Bangkok , 74 tahun dari Songkhla, dan 83 tahun dari Samut Prakan serta wanita, 29 juga dari  Samut Prakan.

Daripada 2,070 kes baharu itu, 2,062 adalah kes tempatan manakala lapan kes import. Sebanyak 1,902 kes disahkan di hospital dan 160 melalui ujian pengesanan di lapangan.

Sementara itu Bangkok merekodkan 740 kes baharu, Chiang Mai 237, Chon Buri 125 dan Samut Prakan 79.

Lapan kes import pula adalah mereka yang dikuarantin selepas tiba dari India (5), Turki, Pakistan dan Malaysia.

Setakat ini, 30,189 (60%) kes dilaporkan sembuh termasuk 341 yang pulih hari ini manakala 19,873 masih menerima rawatan di hospital.

Related posts

Leave a Comment